Rintihanku

Tuesday, January 11, 2011

Demam Selsema

Saya dilanda demam selsema. Dah 4 hari demam. Semakin menjadi-jadi hingus nih. smlm mkn bubur, tgh2 mkn tu blh plak ingus meleleh masuk dlm bubur. tak sempat nk elak cuz laju je ingus cair tu kuar..putus selera mkn!

Pastu brtmbh plak ngn sakit gg. tadi g klinik, doktor kata jumaat baru cabut. uwaaa!!! hmm ble demam selsema + skt gg, rs xde semangat nk buat ape pun...huhu
Mari kita kaji, apa itu demam selsema..Jom kita buat ujikaji sket...


Apakah itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

* Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain

* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.


Ok, sekian shj info demam. saya nk sambung keje.
huhu tak larat..........

1 comment:

Kindly comment :)