Rintihanku

Wednesday, January 26, 2011

pak mat jual topi

sabtu lepas, tiba2 TER-rajin nak tukar bateri jam dinding yg dah lama k.o tak berganti.
sbb ketinggian tak sampai, mls nk panjat kusi.
24/7 dok tgk jam tu pkul 5.30........

so, aritu dgn smgtnye nk tukar bateri.
amik kusi, panjat. pastu baru je pegang sket jam tu, tetiba 'kecepek'.....
jatuh la telur cicak 3 bijik..
eeeeeyyyyyyeeekkkkkkk!!!!! (skrg pun masih rasa nk muntah)...
eeeee ai sgt anti cicak! walaupun anak cicak or ekor cicak sekalipun...
eeee buwekkkk! pastu terus dup dap dup dap..
masuk bilik, dok kat katil, still dup dap dup dap psl terkejut plus takut..
endingnye, next time jelah tukar bateri.
cehhh..hampeh punye cicak..xde port lain ke nk bertelor..huh

Tuesday, January 18, 2011

zAss!! Layan...


Cinta ~ Amy Mastura

Jika ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa
Tentunya kitakan selamat selamanya

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerana cinta
Kerna cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya ?
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya ?
Alangkah indah kita dicinta
Kerana hidup kita lebih bahagia

Monday, January 17, 2011

15 Januari 2011 (Sabtu)

Bekpes di P8, mkn nasi lemak sedap..suke sgt nasi lemak kat food court tuh..
pastu dh kenyam, terus ke Alamanda..
terbeliak bijik mata cicak. kol 10pagi dh tercegat kat alamanda..
round2 merry go round, pusing2 gasing, TERbeli jubah lagi kat guilyn..
pstu konon nk blk terus..TERsinggah kat Aussino..
TERbekenan kat kompeter n towel n bbrp lagi perkara yg dh pun TERbeli..
ha dlm masa x smpai setengah hari, BERjaya TERmembeli beberapa unnecessary things! OMG!!! demi KEPUASAN dan bkn KEPERLUAN.


blk umh, silalah TERmenyesal..tp ble dh hias bilik cantik2 dgn brgn2 tadi, TERuja rasanye! tdo pun sodap jek!! ekekeke....toink toink....

Wednesday, January 12, 2011

ting tong

gara-gara mkn ubt selsema yg blh menyebabkn mengantuk, maka sy rs mcm nk tdo skrg. mmg kat farmasi de jual ubt selsema yg x mengantuk, tp sy x mo mmbazir duit. mkn jelah ubt yg klinik kerajaan bg. lgpun bos xde. agak2 ngntuk krg, tutup pintu, tdo.

sekian, terima kasih.

Tuesday, January 11, 2011

Demam Selsema

Saya dilanda demam selsema. Dah 4 hari demam. Semakin menjadi-jadi hingus nih. smlm mkn bubur, tgh2 mkn tu blh plak ingus meleleh masuk dlm bubur. tak sempat nk elak cuz laju je ingus cair tu kuar..putus selera mkn!

Pastu brtmbh plak ngn sakit gg. tadi g klinik, doktor kata jumaat baru cabut. uwaaa!!! hmm ble demam selsema + skt gg, rs xde semangat nk buat ape pun...huhu
Mari kita kaji, apa itu demam selsema..Jom kita buat ujikaji sket...


Apakah itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

* Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain

* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.


Ok, sekian shj info demam. saya nk sambung keje.
huhu tak larat..........

Friday, January 7, 2011

Bidadari


Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi…

Thursday, January 6, 2011

Keluarga SMR


Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Wednesday, January 5, 2011

2011

ish..

lama gler tak bkk blog..sbb x thu nk conteng ape..

hmm..tak sabar tunggu kol 5. nk blk kol 5 tajam..nk basuh baju2 yg tertunggak dlm bakul tuh. heh apelah, dok soram2 pun mls nk basuh baju..pdhal campak & tekan jek..

pstu nk sapu sampah sarap yg dok celah pintu. aritu tgh2 sapu rmh tetiba member ajak blk kg. terus sapu cpt2, kumpul sampah letak celah pintu..hahaha pemalas btol..ape salahnye buang terus? ha? hape nk jadi nih? (sila mrh diri sendiri)..

ok. sekian dlu.