Rintihanku

Sunday, August 21, 2011

update

Assalamualaikum w.b.t,

lamanya tak update blog sendiri. asyik gode blog org lain je. bkn pe, seronok mmbaca dpd menulis. ni pun x thu nk tulis ape. kebetulan tgh boring, rajin la update.

lg seminggu nk raya. persiapan? dh tua-tua ni xdelah xcited sgt. sederhana aje. baju raya dh 2 mggu siap pun x amik2 lg. biarlah dlu. kalau dh amik kang takut x smpt raya, dh pakai wat g keje. kui3...

lg ape ek nk citer?

hmm...nntilah pk dlu. tata.

Wednesday, April 6, 2011

Majlis Penutup...2 April 2011 @ Seaview Hotel, Langkawi


Dinner kecil2an..


hik3...kalau ngn menteri, ada peluang tak nk buat peace?


'peace' telah berjangkit ke pn marina...bersungguh2 dia mem'peace'..sgt daring..


hik..hik..suke betol reramai wat 'peace'..


ai ngn mamat tu je yg bujang dlm gmbr nih..hehe..

suke gmbar nih..lawa kasut memasing..hoho..

pandainye buat peace mcm saya..!


Ai: adik, jom amik gambar..wat kenangan
adik kaunter: ok...

2 April 2011 @ Langkawi..



ecece...segar je bile penceramah wat lawak...
time dia mengajar, bkn main ngntuk..




agak2 boring, bole buat hal masing2 ye...

Tuesday, April 5, 2011

1 - 3 April 2011 @ Langkawi Island

Kursus Pendaftaran Surat Terperingkat Bagi Setiausaha Pejabat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Seaview, Langkawi...syok woo..kursus smbil shopping2 mengkuruskan poket...huhu..

jom kita layan, zassss!

31 March - gerak dari ofis dengan menaiki bas kementerian pd jam 9.30am (ayat mcm buat claim bos plak)..

tiba di jeti jam 5am ++ gitu, rasanye bas benti di setiap R&R..

naik feri kul 8am..tiba hotel 11++ gitu..check in dan bersiap sedia utk bershopping..(kelas start mlm)...


Pemandangan dari bilik. 616.




er..er..


kedai pertama menjadi tempat pelaburan..kedai gamat asli..mn ntah tmpt nih, lupe nk amik tahu...huhu..byk gak la mmborong minyak (kiriman org kg)...



meneruskan perjalanan ke hj ismail group..memunggah coklat2..huh nasib le ai bkn antu coklat..coklat2 yg dibeli semuanye yg dikirim..eh sblm g sini, g kedai batik tp lupe nk snappy2..


itik pulang petang..meh kita tgk pe itik2 ni buat

itik2 ini sgt gumbira bila tgk tuan dia dtg..gumbira dgn bisingnye! bingit telinga ai..

apela yg dibwk oleh tuannye itu?

merry go around! ayam, itik, anjing mkn secara berkumpulan..



dorg ni sume vege tau...mkn syr2an..

Monday, February 14, 2011

Tenanglah Hati, Damailah Jiwa

Secara fitrahnya hati kita mahukan segala yang indah, mendamaikan dan menyeronokkan. Hati kita akan gembira dan teruja apabila kita memperoleh perkara-perkara tersebut. Namun apabila semuanya mudah dan mengembirakan, hati kita begitu mudah untuk jauh dari Allah. Disebabkan sayangnya Allah pada makhlukNya, maka Dia turunkan ujian dan dugaan supaya kita tersentak, seterusnya kembali mendekatkan diri kepada Allah.

Kita secara fitrahnya tidak suka kepada kesusahan, jadi apabila berlaku kesulitan, hati kita akan gundah gulana. Akibatnya otak dan akal kita sukar untuk memcari jalan penyelesaian, sukar untuk menimbang mana yang sepatutnya diprioritaskan. Sekiranya kita membiarkan perkara ini berterusan hari demi hari, kesakitan itu akan bertambah parah. Bumi Allah yang luas ini kira rasa begitu sempit seperti dalam sangkar yang tidak mempunyai pintu dan tingkap. Orang yang ramai di sekeliling dirasakan seperti tidak wujud.

Jadi kepada siapa yang paling utama untuk kita mintak pandangan? . Kita boleh memohon pandangan dari kenalan rapat atau sesiapa sahaja, namun pelbagai pendapat yang berlainan pasti kita peroleh. Akhirnya kita sendiri yang perlu membuat keputusan. Jadi dari siapakah sepatutnya kita mohon pertolongan supaya keputusan yang kita lakukan itu adalah terbaik?

Tentu saja dari Allah kerana Allah lah yang menurunkan ujian tersebut, maka Allah lah yang paling mengetahui apakah yang terbaik untuk kita. Perkara ini sudah pon Allah beritahu kita awal-awal dalam Al quran:

“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.

Selalu saja kita dengar ” Allah sayangkan kamu, sebab itu Allah turunkan ujian ini” . Apabila di renungkan secara mendalam, memang benar sekali kata-kata ini. Bila kita ditimpa kesusahan, kita mula bersyukur dengan apa yang kita peroleh sebelum ini. Baru kita sedar betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Apabila kita didatangi dugaan, kita mula memperbanyakkan Solat , berdoa, membaca ayat-ayat Allah dan sebagainya. Kita tinggalkan kerja-kerja lagha. Secara tak langsung, hati kita yang gundah gulana tadi mula menjadi damai. Hati kita yang kotor, mula dibersihkan sedikit demi sedikit.

Jadi marilah kita sentiasa berdoa agar Allah memberikan kita hidayah dan petunjuk supaya kita sentiasa berada di jalan yang Allah redhai. Mohonlah petunjuk dari Allah atas segalan kesulitan yang kita lalui di dunia ini. Sesungguhnya setiap kesulitan itu ada jalan penyelesaiannya dan sesungguhnya Allah lah yang paling Mengetahui.

Wednesday, January 26, 2011

pak mat jual topi

sabtu lepas, tiba2 TER-rajin nak tukar bateri jam dinding yg dah lama k.o tak berganti.
sbb ketinggian tak sampai, mls nk panjat kusi.
24/7 dok tgk jam tu pkul 5.30........

so, aritu dgn smgtnye nk tukar bateri.
amik kusi, panjat. pastu baru je pegang sket jam tu, tetiba 'kecepek'.....
jatuh la telur cicak 3 bijik..
eeeeeyyyyyyeeekkkkkkk!!!!! (skrg pun masih rasa nk muntah)...
eeeee ai sgt anti cicak! walaupun anak cicak or ekor cicak sekalipun...
eeee buwekkkk! pastu terus dup dap dup dap..
masuk bilik, dok kat katil, still dup dap dup dap psl terkejut plus takut..
endingnye, next time jelah tukar bateri.
cehhh..hampeh punye cicak..xde port lain ke nk bertelor..huh

Tuesday, January 18, 2011

zAss!! Layan...


Cinta ~ Amy Mastura

Jika ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa
Tentunya kitakan selamat selamanya

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerana cinta
Kerna cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya ?
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya ?
Alangkah indah kita dicinta
Kerana hidup kita lebih bahagia

Monday, January 17, 2011

15 Januari 2011 (Sabtu)

Bekpes di P8, mkn nasi lemak sedap..suke sgt nasi lemak kat food court tuh..
pastu dh kenyam, terus ke Alamanda..
terbeliak bijik mata cicak. kol 10pagi dh tercegat kat alamanda..
round2 merry go round, pusing2 gasing, TERbeli jubah lagi kat guilyn..
pstu konon nk blk terus..TERsinggah kat Aussino..
TERbekenan kat kompeter n towel n bbrp lagi perkara yg dh pun TERbeli..
ha dlm masa x smpai setengah hari, BERjaya TERmembeli beberapa unnecessary things! OMG!!! demi KEPUASAN dan bkn KEPERLUAN.


blk umh, silalah TERmenyesal..tp ble dh hias bilik cantik2 dgn brgn2 tadi, TERuja rasanye! tdo pun sodap jek!! ekekeke....toink toink....

Wednesday, January 12, 2011

ting tong

gara-gara mkn ubt selsema yg blh menyebabkn mengantuk, maka sy rs mcm nk tdo skrg. mmg kat farmasi de jual ubt selsema yg x mengantuk, tp sy x mo mmbazir duit. mkn jelah ubt yg klinik kerajaan bg. lgpun bos xde. agak2 ngntuk krg, tutup pintu, tdo.

sekian, terima kasih.

Tuesday, January 11, 2011

Demam Selsema

Saya dilanda demam selsema. Dah 4 hari demam. Semakin menjadi-jadi hingus nih. smlm mkn bubur, tgh2 mkn tu blh plak ingus meleleh masuk dlm bubur. tak sempat nk elak cuz laju je ingus cair tu kuar..putus selera mkn!

Pastu brtmbh plak ngn sakit gg. tadi g klinik, doktor kata jumaat baru cabut. uwaaa!!! hmm ble demam selsema + skt gg, rs xde semangat nk buat ape pun...huhu
Mari kita kaji, apa itu demam selsema..Jom kita buat ujikaji sket...


Apakah itu demam selsema?

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

* Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain

* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.


Ok, sekian shj info demam. saya nk sambung keje.
huhu tak larat..........

Friday, January 7, 2011

Bidadari


Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi…

Thursday, January 6, 2011

Keluarga SMR


Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Wednesday, January 5, 2011

2011

ish..

lama gler tak bkk blog..sbb x thu nk conteng ape..

hmm..tak sabar tunggu kol 5. nk blk kol 5 tajam..nk basuh baju2 yg tertunggak dlm bakul tuh. heh apelah, dok soram2 pun mls nk basuh baju..pdhal campak & tekan jek..

pstu nk sapu sampah sarap yg dok celah pintu. aritu tgh2 sapu rmh tetiba member ajak blk kg. terus sapu cpt2, kumpul sampah letak celah pintu..hahaha pemalas btol..ape salahnye buang terus? ha? hape nk jadi nih? (sila mrh diri sendiri)..

ok. sekian dlu.